Untuk mendapatkan jadual kelas di Akademi Citra Klasik, anda dikehendaki memuat turun fail jadual tersebut. Klik di sini

Nota : selepas klik "di sini" anda hendaklah memilih butang "Save" untuk menyimpan fail tersebut di dalam komputer anda. Anda juga boleh memilih butang "Open" untuk membuka terus fail tersebut.

 
Selamat datang ke laman web Citra Klasik !! www.citraklasik.e-rudit.com

Kini anda boleh memuat turun jadual bulanan kelas di Akademi Citra Klasik di laman web ini. Terdapat juga maklumat-maklumatberkaitan kursus-kursus di Akademi Citra Klasik dan gambar gambar kursus masakan di Akademi ini.

 

Forum

Galeri Citra Klasik

Guestbook

Download

 

Web Services & Marketing Solution : E-Rudit Contact Webmaster : aziehanh@yahoo.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Akademi Citra Klasik ditubuhkan pada 27 April 2004 dan mula bergerak aktif mulai 2 Ogos 2004. Akademi ini adalah penyambung kepada "Kak Pau Kek & Pastri" yang telah beroperasi sejak Oktober 1998. Dimiliki oleh individu yang sama, kehadiran Akademi ini mengantikan Kak Pau Kek & Pastri bertujuan untuk memberi   keselesaan  kepada  pelajar  di  samping  ingin mengembangkan perniagaan ke taraf yang lebih baik.

Akademi ini mempunyai bilik tutorial yang boleh menempatkan seramai 50 orang. Dilengkapi dengan kemudahan peralatan bakeri, bilik ini berhawa dingin dan amat selesa. Di samping bilik tutorial, kami juga mempunyai tempat production atau kilang mini sebagai tempat tambahan untuk pembelajaran. Kebanyakan sesi adalah berbentuk "hands-on". Tenaga pengajar adalah terdiri dari Pn Pauziah sendiri yang telah berkecimpung di dalam bidang bakeri selama 14 tahun di samping kakitangan dan chef chef jemputan.

Maklumat Kursus-Kursus yang ditawarkan di Akademi Citra Klasik

•  PROGRAM IN-HOUSE TRAINEE diadakan setiap bulan selama sebulan ( 16 hari kerja) dengan yuran RM2,000. Program intensive dan hands-on/kemahiran ini merangkumi modul roti, kek ( termasuk pekej kek kahwin dan hiasan kek), pastri ( Danish, puff, sugar doh, shortcrust, choux dll) dan khidmat nasihat untuk memantapkan kemahiran sebagai persediaan untuk membuka bakeri . Pekej termasuk makan tengahari dan sijil.

•  PROGRAM BAKERI PART TIME : pakej bakeri, 2 kali seminggu setiap selasa dan khamis 6.30 ptg ke 10.00 mlm. Modul bakeri termasuk roti, kek, pastri dan biskut. Kursus selama sebulan, yuran RM1,000.

•  PROGRAM MASAKAN BERGERAK ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang berminat. Anda hanya perlu mencari minima 10 peserta dan pilihlah kursus mana yang anda minat . Kami akan ketempat anda. Anda sebagai host akan mendapat kelas percuma!

•  KELAS INDIVIDU juga disediakan kepada anda yang lebih suka belajar secara individu, pilih apa saja yg anda ingin belajar dari kategori kek, roti, biskut, kueh basah hanya dgn yuran RM250 seorang dari 10pg hingga 5ptg. Kelas di adakan pada hari bekerja sahaja

•  TEMPAT PENGINAPAN ada disediakan untuk peserta luar kawasan dgn kadar sewa RM20 semalam seorang untuk wanita sahaja. Bagi kursus no ( 2), sewa RM300 sahaja utk sebulan.

Sila telefon 0192605043 ( Kak Pauziah) atau 0136207200 ( En Azreen) atau pejabat 0387346427 , 0387360034 ( fax) untuk tempahan kelas ..atau datang sendiri ke:

AKADEMI CITRA KLASIK, 15, Jalan Hentian 4 , Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, Kajang , Selangor.